Tuesday 24 January 2012

Dedikasi cinta :')

Views
jangan biar mata aku menangis lagi ..
btw:mata saya memang warne cokelat.no konteks lens okay !



CINTA..apa maknanya?indahkah ia?semanis madukah ia?kadang kala sungguh benar cinta itu amat menyeksakan aku..kadang aku menangis kerana cinta..aku bagai hilang arah kehidupan..memikirkan bagaimana jika satu hari nanti dia tiada disisi aku..sungguh.kenyataan itu amat menusuk jiwa.. Pernah dulu membenci cinta...pernah dulu lari dari hakikat cinta..tapi sedar tak sedar cinta itu hadir tanpa diundang..meresap kedalam jiwa yang pada akhirnya..akan membuatkan aku terseksa..berlinang air mata kerana cinta..sumpah.kadang kala lumrah cinta amat menyeksa batin manusia..mungkinkah aku salah sorang darinya..??

RINDU..setiap detik aku merinduinya..tidak berhenti rindu aku padanya seperti gerakan detik jam yang tak pernah henti meninggalkan waktu..tapi,rindukah dia pada aku..mungkin rindu diatas ucapan sahaja..sedang aku begitu mendambakan kehadiran dia..hingga..sampai satu saat aku sendiri kempunan untuk menatap wajahnya..aku sendiri mati kerana begitu merinduinya..adilkah buat aku??

KASIH..kasih yang aku berikan padanya tidak pernah terkurang..hati tak pernah mencurangi dirinya..begitu tinggi kasih yang aku hulurkan..namun,setinggi itukah kasih yang dibalas pada aku..kadang apa yang kita harapkan tidak semestinya akan menjadi kenyataan..dan aku tahu kasih itu mudah berubah..mungkin hari ini untuk aku..siapa tahu esok untuk yang lain..maaf.aku hanya ingin ketulusan dalam hal perasaan..

SAYANG..menyayangi dirinya sungguh menenangkan aku..sayang aku padanya tidak dapat disama ertikan dengan perumpamaan..benar aku katakan..bahawa aku menyayangi dia dengan sepenuh hati.sungguh aku ikhlas menyayanginya biarpon dengan kesederhanaan..tapi,ada ketika aku fikir berbaloikah erti sayang itu..jika dia sendiri tidak mengharapkanya..jadi aku seperti menyayangi boneka yang tidak berperasaan..sedih.

Tuhan..aku minta petunjuk Mu..jika cinta aku pada dia hanya menambah sengsara..maka sedarkanlah aku dengan kenyataan itu nescaya aku tidak akan alpha dalam mencintai dia...dan jika dia tidak tahu yang aku menanggis kerana cintanya..sedarkan lah dia bahawa sungguh aku mencintai dia dari jauh dengan penuh ketulusan..ikhlas.walau tiada siapa yang melihat..

lalu aku tersedar dari lamunan cinta..dan berkata “jika sahaja kehadiran cinta itu sekadar untuk mengecewakan dan menyakitkan aku..lebih baik cinta itu tidak pernah hadir”..sumpah.aku bukanlah manusia yang gagah untuk tidak menanggis bila kecewa....mengertilah...


p/s:maaf.kalau terlebih jiwang..hihi..hayatilah setiap bait itu yer..sooryy.penulisan tak seberapa..
p/s/s:hati begitu merindui superman...>cik mok..cik meyl rindu sangat....!_!

notatangan:cukop aku mencintai kamu dari jauh dengan keikhlasan dan kesederhanaan.
.

Terima Kaseh Sudi Layan Entry Nana.Suke?Like Jep

1 sudah selongkar rahsia Nana:

liyana adilla said...

rindu kat cik mok yer sis?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



SEGALA YANG TERCETAK DIATAS ADALAH HAK MILIK NANA FARINA@COPYRIGHT