Saturday 5 November 2011

Bilang padaku apa beza kau dan aku

Views
     bismillah....



aku hanyalah seorang hamba Allah,yang setiap hari darjat aku tetap sama..seorang hamba yang lemah lagi hina..


Hanya kerana aku bertindak melulu,aku straight to the point ,kau menilai aku dari luaran mengatakan keburukan aku dan mencari-cari kesalahan aku untuk dihina dan dikata..
Kau mengatakan diri kau jauh lebih baik dari aku,kau mengatakan yang diri kau teranaiya dek kerana aku..kau mengatakan yang aku jahat,aku kejam berbanding diri kau yang baik lagi bernilai..
Seburuk-buruk aku,aku tidak pernah mencari kesalahan kau untuk dihina,sekejam-kejam aku,aku tidak pernah menjajakan keburukan kau..
tapi sebaik-baik diri kau,setinggi-tinggi nilai kau dimata orang..kau tetap menfitnah aku..memberitahu semua orang akan hal yang tidak pernah aku lakukan..
Jadi bilang sekarang,,apa beza kau dan aku??

kau menanggis didepan orang,kau bermanis muka didepan orang..agar semua orang bilang “oh,baiknya dia”
tapi apabila dibelakang kau lebih berbisa dari racun..memaki hamun aku dengan kata-kata yang kau sudah pasti akan menyinggung perasaan aku
Jadi apa beza kau dan aku??

demi untuk menyakitkan hati aku..kau kata depan aku..buat apa muke je lawa tapi perangai harem..baik muke hodoh tapi perangai cantik..aku tertanya-tanya,,tujuan apakah perkataan itu..aku tidak pernah merasakan diri terlalu cantik atau merasakn diri terlalu hodoh..cukup bersyukur dengan apa yang ada..

sekiranya aku ini bagi kau cantik..tidak pernah aku menghina orang yang hodoh..
sekiranya aku ini bagimu hodoh..aku juga tidak akan membenci orang yang cantik..
aku hanya mahu hidup seadanya..
seteruk teruk aku pada pandangan kau..aku tidak pernah mengeluarkan perkataan sedemikian rupa didepan engkau kerna takut akan melukakan hati kau..
sebaik baik kau pada pandangan aku..kau memperkatakan perkataan perkataan yang kau sudah pasti akan melukakan hati aku,,
jadi apa bezanya kau dan aku?


Kau menghentam aku dengan kata-kata yang sinis,mengatakan yang aku bermulut bisa,menjaga tepi kain orang dan mengatakan aku penyebab orang membenci kau..
Kau terus membezakan diri aku dan kau,kononnya,kau baek..kau tidak menjaga tepi kaen orang dan mulut kau tidak sebisa mulut aku..
Tapi setidak berbisa mulut kau itu,kau menghentam aku dengan ayat-ayat yang kau sudah sedia maklum pasti ianya akan membuat aku kecik hati
Jadi bilang padaku apa beza kau dan aku??

kau membenci peribadiku..kau sentiasa membuat contoh bahawa peribadimu harus aku contohi..
silap kau aku tak pernah hitung walau peribadi aku tidak sehebat peribadimu..
tapi sehebat hebat peribadi kau..kau tidak lepas dari menghitung, mengira dan mencari silapku..
jadi apa beza kau dan aku?

sampai suatu saat..aku akan mati..jasadku dimamah bumi..sampai suatu ketika..kau akan mati jua..jasadmu dimamah bumi jua..jadi apa beza kau dan aku??

jadi sebenarnye kau sentiasa mengatakan ..jauh bezanya aku dan kau..maksudnya apa?

kau terlupa..bahawa aku dan engkau sesama manusia..sepertimana kau benci orang menghakimi engkau..begitu jualah aku benci org menghakimi aku..

kau bukan tuhan..kau tak layak menghukum dan menghakimi org lain kerana kau sendiri tiada bezanya dengan orang lain..
aku manusia..kau manusia..sampai masa..yang akan menghukum aku dan kau hanyalah  ALLAH

nota kaki:just my random thought ..
this is my bad experience when miss `anon` start disturb me ,,,so anon and her gang ..mind about this ..

thanks for reading this


Terima Kaseh Sudi Layan Entry Nana.Suke?Like Jep

0 sudah selongkar rahsia Nana:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



SEGALA YANG TERCETAK DIATAS ADALAH HAK MILIK NANA FARINA@COPYRIGHT