Thursday 20 September 2012

melalui kehilangan

Views


dear readers..

pernahkah anda merasa kehilangan sesuatu yang sangat berharga dan bernilai..pernahkah anda merasa sesuatu yang anda sayang pergi meninggalkan anda sekelip mata..dan sedar tak sedar mereka tidak lagi disisi anda..

melalui detik2 kehilangan akan sesuatu sungguh menyakitkan dan amatlah perit..tidak terbanding peritnya apabila ditusuk belati tajam..sepanjang aku hidup,aku dah banyak merasai kehilangan..yang kadang2 kehilangan itu buat aku lemah dan tak berdaya untuk cuba bangkit menghadapi realiti..sungguh terseksa aku rasa waktu itu..bumi bagai menghempap tubuh aku dan mengecaikan setiap impian indah yang aku bina..

pertama..aku pernah kehilangan seorang atok..yang amat aku sayang..aku ingat lagi time aku kecik2..aku pergi mengaji rumah atok..abis ngaji aku maen2 ngan atok..disitu waktu kecik aku dihabiskan..tapi sedar tak sedar..atok pergi depan mata aku..seumur sepuluh tahun aku harus menanggung derita kehilangan itu..sungguh buat aku terseksa..aku cuba bangkit..teruskan hidup tanpa atok..korang,sangat perit rasanya..berlinang air mata...

aku juga pernah kehilangan nenek..aku pernah jatuh tersungkur,nangis,meraung..meratapi jasad nenek untuk yang terakhir kali..nenek sering mengajar aku erti kehidupan..mengingatkan aku tentang kehidupan dunia dan lebih2 lagi akhirat..terkenangkan nenek dah tak de..aku merindui dia..terseksa rasanya..tiap kali aku balek kampung..aku tengok rumah nenek..halaman nenek,bunga2 nenek..semuanya layu.mati..kusam..seperti hidup aku yang tanpa nenek..

aku turut pernah merasai kehilangan cinta..namun,kehilangan cinta tidaklah seseksa kehilangan yang tersayang..kehilangan cinta kadang2 buat aku pandai tabahkan hati..buat aku kuat..kata arwah nenek tidak perlu menjadi hamba cinta,cukoplah mencintai seseorang itu dengan kesederhanaan..Cuma terkilan rasanya apabila cinta yang aku berikan setitik tidak dihargai..maka,aku kehilangan cinta itu..sedih dan pilu.

tidak cukop dengan itu..pada tahun lepas aku telah kehilangan seorang insan yang aku sayang, umi..wanita tua yang pernah membahagiakan aku walau sebentar..sungguh.aku terlalu rindu umi..bunga ros kuning yang umi bagi aku masih aku simpan..tidak terkira kucupan pada bunga tuh..kehilangan umi amat buat aku terseksa..seperti dunia aku telah berakhir..umi..adik sangat rindu umi..terima kaseh umi banyak beri nasihat dan semangat untuk adik..manjakan adik..sesungguhnya..adik terlalu ingin melihat,merenung wajah umi..namun..kehilangan ini buat kita tak mampu meratapi sesama sendiri..satu persatu aku harus melalui detik kehilangan tuh..

pernah tak korang merasa..sakit.perit.pedih.terseksa.azabnya.pilu bila terpaksa menanggung beban kehilangan ini..hanya orang yang pernah merasainya sahaja yang mampu berkata2..melalui detik2 kehilangan..sometimes..buat aku kuat..sometimes jugak buat aku jadik manusia yang lemah,lembik dan penakut..realiti kehilangan..apa yang buat aku jadi kuat adalah at least one day nanti,aku berusaha untuk diri sendiri..aku belajar independent but at the same time aku sendiri lemah dan lembik..aku jadi penakut memikirkan tiada insan yang ada disisi aku..untuk menghulurkan bahunya untuk aku menangis..tiada lagi tangan untuk bantu menyapu air mata aku..aku kena hadapi sesuatu itu sorang diri...

pada akhirnya..aku sendiri tak mampu untuk teruskan hidup  aku..aku sendiri menanggis..lemah.kehilangan yang aku lalui sangat berat..aku tahu dan sangat tahu..korang pon pernah merasai kehilangan yang sangat pahit..bahkan aku sendiri pernah merasainya..namun,pendapat aku dan nasihat aku..belajarlah bangkit dari kesedihan yang kita alami itu..percayalah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..kadang2 kita kehilangan sesuatu..maka tak lama kemudian Allah gantikan dengan yang baru..trust me.

lagi satu..bantu diri kita sendiri barulah kita akan dapat bangkit dan sedar..at least one day bila ada orang satu nasib ngan kita..kita akan sedar and cakap “owh..macam ni rupanya aku dulu..rupa2nya kesedihan aku dibalas keriangan..patot Allah ambik dia dari aku..rupanya ada hikmah...”see?pandang kehadapan..pikir..masa makin kedepan..jadi..tak salah kalau kita mengikhlaskan kehilangan yang kita alami itu..redho tak bermakna kita melupakan..tapi sebagai umat islam amat wajib terima qada’ dan qadar..redho itu ikhlas..pasrah itu menerima..

yakinlah tiada sapa inginkan perpisahan..sesungguhnya lumrah alam..yang hidup akan mati..kita pon akan turut menyusul mereka..cepat atau lambat detik kehilangan diri sendiri pasti akan tiba..

kan ku utuskan salam ingatan ku..dalam doa kudusku sepanjang waktu..ya allah bantulah hambamu..senyum yang tersirat dibibirmu menjadi ingatan setiap waktu..tanda kemesraan bersimpul padu...kenangku didalam doamu...

notatangan:AL-FATIHAH buat allahyarhamah hajah faridah binti hj samsuddin(umi)..yang telah kembali kerahmatullah pada 25jun 2011 tahun lepas..akibat kegagalan jantung berfungsi.. semoga rohmu dicucuri rahmat .. umi..adik rindu...



Terima Kaseh Sudi Layan Entry Nana.Suke?Like Jep

0 sudah selongkar rahsia Nana:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



SEGALA YANG TERCETAK DIATAS ADALAH HAK MILIK NANA FARINA@COPYRIGHT